|
Kata
dikota, janji dilaksana. Begitulah apa yang dilakukan oleh Mohd. Saiful
Bukhari Azlan, bekas pembantu peribadi DS Anwar Ibrahim, Jumaat 15
Ogos 2008 sekitar jam 6.25 petang di dewan solat Ma sjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Beliau yang hadir bersama bapanya, Azlan
Mohd. Lazim dan disaksikan oleh imam masjid, Ramlang Porigi
menyelesaikan upacara sumpah (pengakuan) dirinya diliwat oleh DS Anwar
Ibrahim dengan menyebut. Berikut adalah lafaz sumpah Saiful,
“Bismillahir rahmanir
rahim. Pada hari ini, 15 Ogos 2008, saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan,
nombor kad pengenalan 850706-01-5687, sesungguhnya dengan nama Allah
Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti
berikut:“A'uzubillahi minas syaitanir rajim. Bismillahir rahmanir
rahim. Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Saya bersumpah bahawa saya telah
diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada
tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke
dalam lubang dubur saya.“Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka
saya berdusta terhadap Allah SWT dan saya sanggup menerima azab,
dilaknat dan kutukan daripada Allah SWT sehingga kiamat. Wallahualam.”
Sesungguhnya
kes liwat Saiful dan Anwar ini ‘ganjil’ sejak mula lagi. Dengan sumpah
yang baru dilakukan Saiful ini, bertambahlah kecelaruan pihak-pihak
berwajib di dalam menyelesaikan masalah ini.
Di
dalam Islam, kes liwat adalah termasuk di dalam kategori hudud. Di
dalam kes hudud, Islam menggariskan cara-cara penyelesaian yang
tertentu, bukan secara hentam keromo mengikut pendapat masing-masing.
Kita mesti faham bahawa kes hudud adalah kes yang wajib dibicarakan di
mahkamah, bukannya diputuskan di masjid. Persoalan sumpah laknat
(mubahalah) langsung tidak timbul di sini. Ringkasnya, di dalam kes
ini, Saiful menuduh Anwar meliwatnya, maka wajib bagi si Saiful
membuktikannya di mahkamah dengan mendatangkan saksi. Beliau
juga boleh bersumpah bahawa beliau diliwat sebagai salah satu bentuk
kesaksian, tetapi bukan bersumpah mubahalah. Baik saksi mahupun sumpah,
ia wajib dilakukan di mahkamah di hadapan qadhi, bukannya di masjid di
hadapan imam solat dan beberapa orang pengawal.
Amat
pelik hukum Islam yang dijalankan di Malaysia, kes hudud boleh
diselesaikan dengan begitu sahaja di hadapan imam sebuah masjid.
Beginikah caranya Rasulullah SAW menyelesaikan masalah liwat? Dan apa
pula peranan mahkamah syariah yang wujud di sekeliling kita ketika ini?
Si Saiful bersumpah di masjid manakala Anwar Ibrahim pula di dakwa di
mahkamah sivil. Masya Allah!.
Apakah
yang akan dilakukan oleh kerajaan terhadap Saiful selepas ini, walhal
Saiful adalah orang yang membuat dakwaan dan sewajibnya dia membuktikan
dakwaannya. Apakah cukup bagi kerajaan dan bagi Saiful sendiri hanya
sekadar berdiam diri, menanti 'reaksi' Allah terhadap Saiful, apakah
terdapat laknat Allah atau tidak?
Kita perlu faham bahawa sumpah Mohd Saiful mengandungi dua unsur;
1. Pengakuan yang dia diliwat,
2. Tuduhan bahawa Anwar meliwatnya.
Bagi
‘pengakuan’ yang telah dilakukan (diliwat), maka hal ini wajib ditanya
oleh qadhi, sama ada liwat tersebut berbentuk paksaan atau sukarela?
Jika dipaksa, perlu diperhalusi lagi, apakah paksaan itu ‘bersangatan’
(ikrahul mulji’) yang boleh membawa kematian atau kecederaan berat,
atau sekadar paksaan yang tidak memudaratkan? Qadhi perlu memeriksa
perkara ini agar perlakuan liwat tadi boleh ditentukan statusnya, sama
ada termasuk ke dalam perkara penganiayaan (jika ikrahul mulji’) atau
kemaksiatan (jika dilakukan secara sukarela, atau paksaan yang tidak
memudharatkan).
Jika
ia termasuk ke dalam penganiayaan dan dapat dibuktikan, maka Anwar
Ibrahim wajib dipanggil untuk membela diri. Namun sebaliknya, jika
perlakuan liwat itu berupa kemaksiatan, dengan sukarela atau tanpa
paksaan yang bersangatan, maka Mohd Saiful wajib dijatuhi hukuman
bunuh, sebagaimana tuntutan sabda Rasulullah SAW,
“Barangsiapa yang kalian dapati sedang melakukan perbuatan kaum Luth (yakni liwat), maka bunuhlah keduanya” [HR Imam lima kecuali An-Nasa'ie]
Manakala bagi hal ‘tuduhan’ pula, Mohd Saiful mesti membawa 2 saksi sebagai bayyinat
(pembuktian) yang sah di sisi syarak untuk membuktikan dia diliwat.
Dalam hal ini, dia mesti mendatangkan dua orang saksi, atau dia boleh
bersumpah (bukan mubahalah) sebagai salah satu kesaksian, dan dia mesti
datangkan seorang lagi saksi (lihat Syeikh Ahmad Daur dalam kitabnya
Ahkamul Bayyinat fil Islam). Jika dia gagal, maka layaknya Mohd Saiful
dikenakan pula hukuman kerana menuduh orang tanpa bayyinat dan
selepas itu (selepas dia dihukum) kes ditutup. Jika dia berjaya
buktikan kesnya, maka Anwar Ibrahim mesti dipanggil untuk menyatakan
pembelaannya. Wajib bagi qadhi mendengar hujah dan pembuktian dari
kedua-dua pihak, sebelum memutuskan hukuman.
Demikianlah
secebis dari sistem keadilan Islam dalam menyelesaikan permasalahan
manusia, khususnya di dalam kes liwat. Amat menyedihkan apabila hukum
Islam ini telah diganti dengan hukum sekular, yang mana kesudahannya
kes liwat di selesaikan bukan dengan cara yang Islami. Amat menyedihkan
juga, apabila golongan agamawan cuba menyelesaikan masalah ini dengan
Islam, tetapi telah mengambil jalan yang jauh terkeliru dari yang
ditetapkan oleh Rasulullah SAW. Semoga dengan berdirinya Daulah
Khilafah sedikit masa lagi, segala hukum uqubat dan bayyinat Islam akan di terapkan oleh Khalifah dengan seadilnya ke atas manusia. Insya Allah. |